DYMM Tuanku Sultan Dr. Mudarasulail Alastam Kiram Habibullah



DYMM Tuanku Sultan Dr. Mudarasulail Alastam Kiram Habibullah telah di puterakan pada 8hb Ogos 1966 di Tanjung Siasi, Sulu.

Pada 1976, ketika masih berusia 10 tahun, Tuanku diserahkan pada Ketua Kampung Pulau Denawan Papar,Sabah iaitu Attahi Panggayan. Semasa tinggal dengan Attahi, Tuanku diberi pendidikan tidak formal kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.

Menyedari pihak musuh mula menghidu, Tuanku diserah kepada keluarga angkat bernama Datu Abd Naim Datu Kassan@Hashim. Ibarat ayah dengan anak, begitulah hubungannya dengan Naim, erat sekali. Naim merupakan seorang imam di kampung Tanjung Kapur, telah berusaha mendapatkan Sijil perakuan bagi membolehkan Tuanku mendapat kerakyatan Malaysia dengan membuat pendaftaran di Pejabat Pendaftaran Kota Kinabalu, Sabah.

Tuanku mendapat sijil surat beranak dan didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Kinarut sehingga menduduki Sijil Pelajaran Malaysia 1984. Pada tahun itu juga, Tuanku diserahkan kepada keluarga angkat baru, iaitu guru yang mengajar di SRK Kinarut, Hamdin Osman dan Zainab Ibrahim. Sepanjang hidupnya, Tuanku tinggal dengan lima keluarga angkat.

Kehidupan Tuanku yang berpindah-randah berakhir di Melaka setelah mendirikan rumah tangga dengan Norasikin Sawal pada 1985. Beberapa bulan kemudian Tuanku melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah ICS di England dan di Singapura.

Tuanku juga adalah Penaung kepada Persatuan Kebudayaan Kesultanan Sulu, Sabah. Tujuan persatuan itu untuk memperkenalkan budaya Sulu kepada seluruh dunia.

Untuk menyedarkan bangsa Sulu mengenai perkembangan semasa, Tuanku menubuhkan akhbar berbahasa Inggeris - The News Sulu Times dan Suara Tausug mengunakan bahasa Sulu.